Sign In
Web Creator

MAJLIS MENAIKKAN DAN PENGAGIHAN BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

IMG_0389.JPG

Ahad, 07 Februari 2016 bersamaan 28 Rabiulakhir 1437H Jabatan Daerah Brunei dan Muara berlangsung Majlis Menaikkan dan Pengagihan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 32 Tahun bagi Daerah Brunei dan Muara.

Hadir selaku Tetamu Kehormat pada Majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara.

Upacara penyerahan bendera-bendera kebangsaan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 32 Tahun kepada Penghulu-penghulu Mukim Daerah Brunei dan Muara dilangsungkan sejurus selepas majlis menaikkan Bendera Besar Kebangsaan Negara Brunei Darussalam di kawasan Yayaysan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Ibu Negara. Yang Mulia Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara selaku Tetamu Kehormat telah mengagihkan bendera-bendera Kebangsaan kepada kesemua tujuh belas (17) Penghulu-penghulu Mukim dengan diiringi oleh Ketua-ketua Kampong.

Majlis menaikkan dan pengagihan bendera Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Ulang Tahun Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 32 Tahun 2016 bagi Daerah Brunei dan Muara di dahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah, perbarisan lalu diteruskan dengan penyerahan bendera besar kepada tetamu kehormat dan seterusnya majlis menaikkan bendera oleh Pasukan Polis Diraja Brunei, Polis Daerah Brunei dan Muara dengan di-iringi lagu kebangsaan Allah Peliharakan Sultan oleh Koir Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Diantara yang hadir di majlis itu ialah Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Mulia Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara Awang Misle bin Haji Abdul Karim, Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampong serta Pegawai dan kakitangan Jabatan Daerah Brunei dan Muara.

Created at 31/01/2023 10:20 PG by Nusratina Binti Hj Md Daud
Last modified at 31/01/2023 10:20 PG by Nusratina Binti Hj Md Daud
Berita Terkini